Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Bagaimana keadaan korang sihat..? Apa - apa pun saya doakan korang semua dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan hendaknya..Aminnn.. Ok.. Ikan korang sakit ya..? Jangan risau sebenarnya ada pelbagai cara kita boleh rawat mereka dengan izin Allah SWT.. Diantara yang kita boleh gunakan adalah ubat S1 ini murah dan mudah digunakan.Pertama sekali korang kena baca apa jenis yang dia boleh rawat, Sekadar ini saya lihat kebanyakan penyakit dia boleh rawat kecuali memang dah betul - betul akhir nyawa. Takpa yang penting usaha.. Diantara penyakit yang dia boleh ubati
a) white spot
b) Fungus
c) luka/gaduh
d) Makanan ikan terlalu banyak
e) pop eye
Sebenarnya banyak lagi.. Nanti korang beli boleh baca dibelakang dia.. Jom saya kongsi bagaimana cara gunakan S1 ini.. di belakang tu dia ada berapa penutup korang kena letak.. 1 kaki berapa , 2 kaki berapa dan lain - lain lagi.. ikut polisi betul.. perhhh.. lain mcm ayat.. hehe.. ikan betul korang kena asingkan ikan pada akuarium lain baru letak ubat hijau ini.. tapi saya tak buat mcm tu.. saya campur semua sekali. Yang penting jika nak campur akuarium yang kita letak banyak ikan jangan ada media.. sebab apa... Ia boleh matikan korang punya bakteria dalam media.. sudahhh nak kena mula dari awal.. ok.. apa - apa pun selamat mencuba.. korang boleh rujuk video dibawah.. lupa pula nak beritahu.. harga dia anggaran dalam RM6-7 sahaja.. jom lihat video dibawah...
No comments:
Post a Comment