Pages

Friday, June 16, 2023

Big Ear Betta jom kita lihat perkongsian..

 





Betta Big Ear


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Perkongsian saya kali ini adalah berkaitan dengan ikan laga, Tapi ikan laga ini special sikit nama dia Big Ear. Ikan ini tak susah sangat nak jaga sama seperti ikan laga lain cuma dari segi penjagaan sirip dia yang tebal tu. mesti nak di kekalkan baru nampak machokan.Untuk penjagaan sirip saya lebih suka berikan makanan yang landaskan jentik  - jentik salah satunya adalah pallet winner thailand korang boleh cari dalam shopee dalam lingkungan harga RM 2 - 3 sahaja.Ia mudah tak perlu korang nak cari dan tunggu telur nyamuk... fuhhh.... jenguh.......hehhehe..


Jom kita sambung lagi selain itu juga korang boleh juga gunakan daun ketapang tapi ada cara proses dia. Daun ketapang ini dia ada kuman di tangkai tak silap saya korang cuba lihat dalam pakcik google. Paling senang korang beli je pati ketapang yang jual kat shopee tu.. maklumlah shopee je kan senang.. hehehe.. Dari segi WC pula korang tukar air separuh je , bagus lagi ada air mineral pun lagi senang.Tak perlu memikirkan anti klorin dan lain - lain. oklah semoga bermanfaat. nanti kita sembang pasai ikan lain pula ya.. Assalamualaikum.

No comments: