Pages

Sunday, June 25, 2023

PUSAT SAINS NEGARA... Korang wajib pergi . Murah dah berbaloi ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. bagaimana keadaan korang.. sihat.. InshaAllah Allah memberikan kesihatan pada semua umatnya.. aminnn..  Hujung minggu korang tak tahu nak pergi mana.. mesti bawa anak di Pusat Sains Negara.. Memang seronok tak terkata.. Jika korang nak ke Pusat Sains Negara ini korang kena pergi awal pagi anggaran jam 8.30 dah sampai , buka jam 9. Sebab apa korang kena pergi awal kat sini. Sebab terlalu ramai orang yang akan membanjiri tempet ini . Walaupun beratur panjang tapi cepat je.. Harga tiket tak mahal sangat berbanding tempat lain harga RM6 Dewasa dan Kanak - kanak RM3. Untuk tambahan lain seperti taman dinosaur,animasi dan lain - lain lagi dalam 10-15 sahaja.. murah bukan.. Dari segi makanan pastikan korang makan awal - awal sebab dalam ini takda jual makan, jadi kurang kenalah kenyangkan perut dulu.. Ok.. 




 Ini adalah Taman dinosaur dia.. best bukan.. Tengok mulut trex pun korang dan tahu bagaimana ketajaman gigi dia.. pandai dia jaga gigi.. hehe..  Dengan taman ini korang boleh lihat tulang trex dan animasi video dinosaur.. menarikkan... 






Gambar diatas pula adalah taman animasi atau light.. memang best macam berada di angkasa lepas.. Anak korang mesti teruja.. sangat bagus untuk pendedahan kanak - kanak berkaitan sains.. ok sampai disini sahaja.. korang boleh lihat video penuh dibawah... Semoga bermanfaat ya...



 

No comments: