Pages

Sunday, June 25, 2023

PUSAT SAINS NEGARA... Korang wajib pergi . Murah dah berbaloi ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. bagaimana keadaan korang.. sihat.. InshaAllah Allah memberikan kesihatan pada semua umatnya.. aminnn..  Hujung minggu korang tak tahu nak pergi mana.. mesti bawa anak di Pusat Sains Negara.. Memang seronok tak terkata.. Jika korang nak ke Pusat Sains Negara ini korang kena pergi awal pagi anggaran jam 8.30 dah sampai , buka jam 9. Sebab apa korang kena pergi awal kat sini. Sebab terlalu ramai orang yang akan membanjiri tempet ini . Walaupun beratur panjang tapi cepat je.. Harga tiket tak mahal sangat berbanding tempat lain harga RM6 Dewasa dan Kanak - kanak RM3. Untuk tambahan lain seperti taman dinosaur,animasi dan lain - lain lagi dalam 10-15 sahaja.. murah bukan.. Dari segi makanan pastikan korang makan awal - awal sebab dalam ini takda jual makan, jadi kurang kenalah kenyangkan perut dulu.. Ok.. 




 Ini adalah Taman dinosaur dia.. best bukan.. Tengok mulut trex pun korang dan tahu bagaimana ketajaman gigi dia.. pandai dia jaga gigi.. hehe..  Dengan taman ini korang boleh lihat tulang trex dan animasi video dinosaur.. menarikkan... 






Gambar diatas pula adalah taman animasi atau light.. memang best macam berada di angkasa lepas.. Anak korang mesti teruja.. sangat bagus untuk pendedahan kanak - kanak berkaitan sains.. ok sampai disini sahaja.. korang boleh lihat video penuh dibawah... Semoga bermanfaat ya...



 

Wednesday, June 21, 2023

IBIS HOTEL KLCC

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, korang semua bagaimana..? Sihat.? Mcm biasa sebelum kita mula cerita yang tak berapa nak cerita kita doa dulu ya.. Saya doakan semoga kita semua berada dibawah redha Allah SWT.. aamin.. Ok jom dengar cerita saya serba sedikit travel di Hotel IBis KLCC. IBIS KLCC ini dia terletak ditengah bandar Kuala Lumpur, depan dia terdapat kelab malam.. jika korang kesana malam - malam tak perlu keluarlah kut sebab tempat dia depan kelab malam takut banyak pula orang yang tak diingini.. Kira Hotel safe dari segi keselamatan.. cuma kita kena berhati  - hati je.. πŸ™πŸ˜Š


 
Jom saya cerita lebih lanjut, Hotel ini terdapat pool di atas dia.. korang boleh nampak pemandangan sekitar Kuala Lumpur tapi tak besar manalah korang boleh lihat gambar diatas.. Dari segi makan pagi memang menarik dan sedap.. boleh beri kualiti chef terkemuka.. hehe..  Dari segi bilik pula tak besar tak kecil sangat bolehlah untuk 2 dewasa dan 2 kanak - kanak.. kekemasan bilik success.. nanti korang lihat video kat bawah ya.. Dari segi harga yang ditawarkan boleh tahan.. satu malam menggunakan Agoda RM240 tak siap breakfast.. kalau siap breakfast RM270 tak silap saya . Nanti korang cuba servey dalam Agoda,booking.com dan Shopee . Korang bandingkan harga. Apa - apa pun sangat berpuashati... Dengan hotel ini korang boleh akses mana - mana tempat di Kuala Lumpur... Sekian terima kasih .. Jangan lupa ya lihat video dibawah...πŸ˜ŠπŸ™




Saturday, June 17, 2023

Bayou lagoon resort Melaka

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Cuti sekolah hari tu korang pergi mana..? Ini saya ceritakan serba sedikit percutian saya di Bayou lagoon resort Melaka.. Jom.. hehe .Cerita dia bunyi berguni..  Bayou ini dah 4 kali saya menginap disini.. setakat ini alhamdulillah semua berpuashati.. korang fikir dengan harga murah korang boleh dapat bilik besar dan terdapat balkoni.. fuhh.. baru RM123 time tu . Saya mengguna Shopee.. mudah bukan.. dengan Shopee pun ada.... Saya book bilik ini tak siap sekali breakfast.. kira ok kan.. Bayou resort ini terletak di air keruh.. tak jauh dari bandar kira dalam lingkungan 10 KM lagi mcm tu.. Yang menarik disini korang mudah cari makan.. dan paling untuk budak-budak adalah taman tema.. tapi tak masuk sekali tau.. kira lain.. walaupun korang menginap.. cuma beza dia korang boleh masuk hingga esok jam 12 tengahari.. jika korang stay 3 hari 2 malam esoknya korang kena bayar semula taman tema tu.. ok.. itu yang tak bestnya.. tapi oklah dari taman tema lain.. harga taman tema dalam RM30-35 dewasa , kanak-kanak RM25 tak silap . Cer korang cek semula .. hehehe.. 



Korang ke Melaka jangan lupa singgah pantai Klebang.. pekena coconut shake dia.. yang dikatakan popular..


Ini dia coconut shake yang saya beli... Hehe.. dah tinggal separuh baru nak ambil gambar...


Waktu malam pula diklebang ada pertunjukan api... Kira macam - macam ada jualan , fun fair dan lain-lain lagi cuma siapkan duitnya je..oklah kita sambung pula berkenaan hotel.. dah melalut jauh ini..

Ini taman tema dia.. menarikan... Apa - apa pun korang harus cuba.. bagi saya sangat berbaloi dan enjoy .... Untuk lebih lanjut korang boleh lihat video dibawah....






SAMBAL CILIPADI TOK WALID ADALAH RESEPI TURUN MENURUN.. KORANG DAH CUBA..

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Apa khabar..? Saya doakan semua kita semua sentiasa berada dibawah redha Allah SWT..Aamin.. Kali ini saya nak cerita sedikit berkenaan sambal diatas ini.. korang tengok je dah terliur kan.. kan.. betul tak.. hehe. Ok.. sambal Tok Walid ini adalah resepi turun menurun yang dibuat dengan penuh kasih sayang tak percaya tanya Tok Walid.. hehe.. Nak kata pedas tak juga.. mungkin bergantung pada seseorang juga.. Jom kita lihat diantara resepi dia adalah 


✔ Ikan Masin yang berkualiti.

✔ Resepi ORIGINAL dari legasi TOK WALID, resepi LUAR BIASA !!

✔ Kami mnggunakan garam buluh yang bersifat alkali.

✔TIADA pewarna. 

✔TIADA penambah perisa. 

✔TIADA bahan pengawet.

✔Kami hanya menggunakan bahan yg berkualiti.

✔Kami menggunakan πŸ’― cili padi bukan cili merah yang mana rasa nya lebih kaw 

✔ Proses penyaringan minyak dilakukan demi menjaga kualiti 'Sambal Ikan Masin Cili Padi TOK WALID'.

✔ Harga yang sangat berpatutan dgn kuantiti yg besar


Jom kita lihat apa lagi yang bagusnya sambal ini.. banyak kelebihan diantara 

✔ Ready to eat
✔ Isinya banyak memang tak kedekut
✔ Masin terkawal
✔ Guna garam buluh
✔ Pedas sedap
❌ Bahan pengawet
❌ Perasa tambahan



Apa pendapat korang.. bagus kan.. saya dah cuba dan saya juga menjualnya.. Sambal ini terdapat 3 perisa

1.Sambal Cilipadi Ikan Masin
2.Sambal Cilipadi Ikan Bilis
3.Sambal Daging Cilipadi 


Jika korang berminat boleh lawati FB sambal cili padi tok Walid Kajang,Semenyih dan Bangi atau PM terus saya di FB Nadghaz Empire..πŸ˜ŠπŸ™ boleh terus hubungi 010-2471604



RAWATAN IKAN SAKIT. .. KITA CUBA GUNAKAN S1


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Bagaimana keadaan korang sihat..? Apa - apa pun saya doakan korang semua dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan hendaknya..Aminnn.. Ok.. Ikan korang sakit ya..? Jangan risau sebenarnya ada pelbagai cara kita boleh rawat mereka dengan izin Allah SWT.. Diantara yang kita boleh gunakan adalah ubat S1 ini murah dan mudah digunakan.Pertama sekali korang kena baca apa jenis yang dia boleh rawat, Sekadar ini saya lihat kebanyakan penyakit dia boleh rawat kecuali memang dah betul - betul akhir nyawa. Takpa yang penting usaha.. Diantara penyakit yang dia boleh ubati

a) white spot

b) Fungus

c) luka/gaduh

d) Makanan ikan terlalu banyak

e) pop eye

Sebenarnya banyak lagi.. Nanti korang beli boleh baca dibelakang dia.. Jom saya kongsi bagaimana cara gunakan S1 ini.. di belakang tu dia ada berapa penutup korang kena letak.. 1 kaki berapa , 2 kaki berapa dan lain - lain lagi.. ikut polisi betul.. perhhh.. lain mcm ayat.. hehe.. ikan betul korang kena asingkan ikan pada akuarium lain baru letak ubat hijau ini.. tapi saya tak buat mcm tu.. saya campur semua sekali. Yang penting jika nak campur akuarium yang kita letak banyak ikan jangan ada media.. sebab apa... Ia boleh matikan korang punya bakteria dalam media.. sudahhh nak kena mula dari awal.. ok.. apa - apa pun selamat mencuba.. korang boleh rujuk video dibawah.. lupa pula nak beritahu.. harga dia anggaran dalam RM6-7 sahaja.. jom lihat video dibawah...






IMAN RABBIT FARM MELAKA

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Cuti ini korang mesti nak bawa anak - anak berjalan - jalankan.. jika korang berdekatan di Melaka bolehlah singgah di Rabbit Farm ini.. Anak - anak korang mesti terujakan.. hehe.. Masuk pun tak mahal , nanti korang lihat dalam FB ya , cari je Iman Rabbit Farm.


Iman Rabbit Farm

Dewasa RM8
Kanak-kanak RM5

 


Lagi nak cerita ini.. Pastikan kornag kesana eloklah pakai kasut sebab hari tu anak saya kena gigit dengan Rabbit tu.. mungkin lapar sangat.. tak cayakan Rabbit boleh gigit ampai nampak luka.. Tapi apa - apa pun memang best.. korang wajib pergi,beri pendedahan pada anak berkaitan binatang ini.. oklah.. Terima kasih semua kerana support saya.. Assalamualaikum..




Friday, June 16, 2023

WinRAR... Kenapa kita perlu gunakan WinRAR.. Jom..

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. kali ini saya nak berkongsi paling simple atau kata bahasa English dia paling mudah.. hehehe..  WinRAR adalah satu perisian yang mana digunakan adalah untuk Extract data atau compress atau kecilkan data korang untuk dimuatkan dalam beg contoh mcm tu.. dan digunakan untuk buka beg tu.. dan digunakan lagi untuk kunci beg tu . Istilah beg ya.. korang jadikan beg tu file.. jadi mudah sikit faham.. ke saya yang tak faham... Aduhhh...   

 


Jadi korang Fahami kan cara nak gunakan.. WinRAR free dan semua versi Window boleh gunakan..  Family user.. mudah dan selamat.. kebanyakkan zaman sekarang semua dah gunakan app ini.. takpa korang cuba ya.. download ini dalam download.com atau WinRAR website...Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.. Assalamualaikum..πŸ™πŸ˜Š

Bakteria Baik Untuk Jernihkan Air betul ke..?

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Bagaimana keadaan korang.. sihat..? Apa - apa pun saya doakan korang semua dalam keadaan sihat dan sentiasa diredhai Allah SWT..Aaminn.. Ok jom saya ceritakan sedikit yang saya tahu ya.. PSB atau panggilan lain orang panggil bakteria baik adalah satu cecair yang diperbuat dari bahan2 buangan mentah seperti isi ikan.. Ia akan di jemurkan pada matahari untuk pembiakan bakteria yang digunakan air akuarium.. bagaimana ia boleh jernih.. bakteria ini akan membiak di dalam media anda.. Media tu kornag tahu apa tak..? Bukan media penghawa dingin tuuu.. media ini adalah perumah bagi bakteria salah satunya adalah nano pillar , bio ring ,nano ball dan lain2.. 



Jom sambung.. kenapa saya cakap media tu perumah.. sebab apa..? Sebab bakteria akan duduk antara lubang media tu.. dia akan membiak dan memakan alga dan semua anasir yang berikan air korang keruh.. kena faham 2 je.. untuk jernih air tak kelabu korang gunakan PSB dan media untuk jernih.. tapis kotoran bukan kerja media atau bakteria .. tapis kotoran adalah kerja span filter ,stokin filter tu yang tapis kotoran korang tu yang nampak berhabuk.. jadi Korang kena faham dua peranan ya.. 



Untuk permulaan PSB ini memang ambil masa sikit.. kadang paling lama sebulan.. tapi jarang berlaku sebab kebanyakan buat langsung tak jadi.. korang beli PSB pastikan bakteria itu berkualiti..  apa2 korang kena sabar ya.. InshaAllah boleh.  Ok.. selamat mencuba.. πŸ˜ŠπŸ™lagi satu PSB ini selalunya jual anggaran 10-25 ringgit.. 




Big Ear Betta jom kita lihat perkongsian..

 





Betta Big Ear


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Perkongsian saya kali ini adalah berkaitan dengan ikan laga, Tapi ikan laga ini special sikit nama dia Big Ear. Ikan ini tak susah sangat nak jaga sama seperti ikan laga lain cuma dari segi penjagaan sirip dia yang tebal tu. mesti nak di kekalkan baru nampak machokan.Untuk penjagaan sirip saya lebih suka berikan makanan yang landaskan jentik  - jentik salah satunya adalah pallet winner thailand korang boleh cari dalam shopee dalam lingkungan harga RM 2 - 3 sahaja.Ia mudah tak perlu korang nak cari dan tunggu telur nyamuk... fuhhh.... jenguh.......hehhehe..


Jom kita sambung lagi selain itu juga korang boleh juga gunakan daun ketapang tapi ada cara proses dia. Daun ketapang ini dia ada kuman di tangkai tak silap saya korang cuba lihat dalam pakcik google. Paling senang korang beli je pati ketapang yang jual kat shopee tu.. maklumlah shopee je kan senang.. hehehe.. Dari segi WC pula korang tukar air separuh je , bagus lagi ada air mineral pun lagi senang.Tak perlu memikirkan anti klorin dan lain - lain. oklah semoga bermanfaat. nanti kita sembang pasai ikan lain pula ya.. Assalamualaikum.

Jom Lawati Channel Ghaz Mustafa