Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Musim cuti ini bawalah anak korang berjalan - jalan di Zoo Negara, Kat sana dapat anak kita terokai dan faham berkaitan haiwan yang terdapat di muka bumi ini. Boleh juga bezakan haiwan berbisa atau tidak , haiwan terancam pupus dan banyak lagi.Sebelum kita teruskan lebih lanjut jom kita lihat berapa harga sekarang ini 2024.
Jika korang ingin kesana pastikan korang datang awal - awal jam 9 macam tu, sebab parking kereta memang sangat padat selepas jam 11, ada yang parking hingga ke luar. Yang mana tak sempat sarapan pagi korang boleh makan didalam zoo negara tu atau korang boleh jalan kaki sedikit ke luar dari zoo negara terdapat gerai - gerai kecil tepi jalan dalam 200 meter macam tulah.
Jom kita cerita apa yang terdapat dalam Zoo pula ,Hehehe.. ini saya nak cite ini, Waktu korang nak masuk sahaja pintu utama Zoo tu akan ada staff ambil ambil korang katanya untuk dokumentasi zoo je, hehe.. selepas habis je sesi bergamabr terusss.. dia bawa kita ke tempat pemilihan gambar lepas tu diterangkan pakej - pakej gambar... hehehe.. saya beli jugalah cantikkkkk..... harga paling murah RM 60 tak silap.
Waktu ini hujan gerimis , jadi banyak haiwan yang tido nyeyak.. Harimau pun tak mengaum... Tapi apa pun still happy dapat beriadah bersama - sama. Oklah sampai disini sahajalah.. Korang boleh sambung pula lihat video dibawah... OK Bye...