Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Saya doakan semoga korang sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Amin.. Perkongsian saya kali ini perkaitan dengan dengan media set yang selalunya digunakan dalam jernihkan air akurium atau biakkan bakteria baik.Media ini terdapat pelbagai jenis diantara Nano Pillar , Bio ring , Bio ball dan lain - lain lagi.
Kegunaan media ini lebih kurang sama je , cuma kualiti yang berbeza ada yang tahan lama dan tak mudah rapuh.. Tujuan utama adalah media adalah untuk perumah bagi bakteria baik yang korang selalu gunakan PSB tu.Jika takda perumah kegunaan PSB akan berlalu bergitu sahaja dan air yang jernih tidak tahan lama
Nak letak media ini sebenarnya paling penting dan tepat mesti ditelengami air.Jika tidak letakkan dalam air bakteria tidak dapat membiak.
Bagaimana pula nak cuci media...? boleh cuci dengan air biasa ke..? Sebenarnya media ini perlu dicuci dengan air tidak berklorin.. jika terkena klorin bakteria baik akan mati. Jika media baharu yang belum ada pembiakan takda masalah untuk dicuci dengan air biasa. Jika dah ada pembiakan cuci gunakan air akuarium pun ok.
Pembiakan bakteria mengambil masa juga ya.. nanti korang ingat hari ini letak PSB esok dah biak bakteria. Pembiakan paling cepat 3 hari paling lama ada yang tak jadi... hehehe... mcm saya sendiri ambil masa sebulan.. OK sampai disini nanti korang lawati youtube ghaz mustafa channel.